 
Ha……dah lama rasanya saya tak update blog saya ni. Maklumlah sejak bergiat aktif sebagai Briged Amal Malaysia,banyak kertas kerja nak di siapkan. Segala artikel pengajian menjadi tugas saya.
Rasanya, belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan. Bersyukur pada Allah kerana mengizinkan saya untuk menyambung penulisan blog saya ini.
PERNAHKAH ANDA DITUDUH TANPA USUL PERIKSA?
Kisah seorang remaja yang merupakan pelajar sekolah agama yang suka berjihad di jalan Allah. Orang itu di beri nama Abid.(kejadian seminggu sebelum ramadhan).
Suatu hari selepas keluar dari sekolah untuk pulang ke asrama, dan berdiri dihadapan koridor kelas sambil menunggu kawannya,Rahman. Abid terkejut apabila dia disampuk dengan satu suara yang bunyinya begini, “Terima kasihlah sebab kutuk aku belakang-belakang” sampukan itu datangnya dari seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan sekelasnya. Ayat itu teranjak dek fikiran Abid sehinggalah mengganggu kekhusyukkan solatnya. Sehinggakan setiap kali dia ternampak pelajar perempuan,ayat itu kembali dalam ingatan dirinya tentang kejadian itu. Kejadian berlalu sehari demi sehari. Tup tap dah seminggu ayat itu membelenggu diri Abid. Pemikiran Abid semakin bertambah kusut. Dia hanya dapat melupakan ayat itu hanya untuk beberapa ketika sahaja.
Perkara itu berlarutan sehingga masuknya bulan ramadhan. Masuk hari ketiga dalam minggu kedua selepas kejadian itu,yang merupakan hari ketiga dalam bulan ramadhan,Abid mengambil keputusan untuk menulis satu surat. Antara isi yang terkandung dalam surat itu adalah memuji perempuan itu,segala perkara yang baik dituju kepada perempuan itu, nk diikutkan hampir dua muka surat. Surat itu telah siap ditulis. Keesokan harinya,surat itu ingin dihantar kepada perempuan tersebut. Tiba-tiba,sewaktu hendak menghantar surat itu,Abid didatangi satu perasaan yang menyebabkan dia serba salah dengan tindakannya itu. Adakah betul apa yang aku lakukan ini?persoalan itu bermain difikiran Abid.
Cerita bersambung……….
 
