SEBUAH PERSATUAN YANG INGIN MENGGABUNGKAN SEMUA TENAGA PERSATUAN ISLAM YANG LAIN AGAR SELURUH TENAGA AKAN MENJADI KUAT...INSYA-ALLAH
 
Khamis, 1 September 2011
SAAT AKHIR RAMADHAN KU…….
      
        Ramadhan aku pada tahun ini menjadi pelik kerana 2 ke 3 hari sebelum menjelangnya AIDILFITRI, pelbagai peristiwa aneh yang terjadi kepada diriku. Mungkin ini adalah ujian yang perlu aku hadapi dan yang akan mengajar aku degan lebih mendalam apa itu erti sabar dan redha akan sesuatu. Kalau nak dikongsikan begitu banyak perkara yang aneh berlaku tetapi aku hanya mengambil beberapa sahaja yang menjadi tanda tanya bagi diriku.
PERISTIWA PERTAMA
 
             Kejadian berlaku pada malam ke 27 ramadhan sewaktu di masjid negeri Shah Alam. Aku tersedar dari pengembaraan mimpi dan melulu masuk kedalam tandas untuk mencuci muka dan mengambil wudhu’. Sewaktu aku sedang mengambil whudhu’ maka hadirlah seorang pak cik yang berjubah putih untuk bersugi. Aku pun tidaklah terperanjat, lalu mengambil wudhu’ seperti biasa sahaja. Selesai sudah, aku naik ke ruang solat untuk menunaikan solat sunat. 
Sewaktu aku sedang memanjat tangga masjid itu lalu kedengaran satu suara yang agak menakutkan. “nak oh nak” itulah suara yang didengari oleh aku, lalu aku menoleh kebelakang dan yang memanggil itu adalah pak cik yang bersugi disebelah aku sebentar tadi. Dia mengajak aku menemaninya menaiki tangga dan solat di dalam ruangan solat di tingkat atas. Sebaik sudah aku solat sunat, dia memanggil aku duduk di hadapannya. Sepeti biasalah jumpa orang yang tak kenal mestilah berkenalan. 
      
 Kemudian kami terus berborak dangan rancak seolah-olah sudah lama kenal, di bahagian luar masjid yang tenang keadaannya. Pak cik yang ingin dikenali dengan walid. Walid menceritakan tentang kisah silam dirinya yang zuhud pada pandanganku. Setelah walid menceritakan dirinya yang zuhud bagi aku tetapi dia merupakan seorang doktor pakar psikologi yang hebat sehinggakan orang gila boleh waras semula dengan hanya psikologinya sahaja. Pada mulanya  aku tidak percaya dengan katanya, tetapi dia psikologikan psikologinya kepada aku barulah aku percaya. “mengapa walid berkeadaan seperti bukan seorang doktor”? Tanya aku kehairanan. “itu semua tidak penting bagi walid”jawab  walid. “Allah hanya pandang pada mereka yang bertaqwa sahaja” sambung walid lagi. Dia mengulang sebanyak tiga kali…..taqwa…taqwa…taqwa….lalu dia bersalaman dengan aku dan berpelukan seperti aku tidak akan berjumpa dengan aku lagi….walid berjalan kearah belakang aku ….aku menoleh dan walid lesap bagai berlari tanpa memijak bumi……aku mula ketakutan dan pergi semula ke tempat tidurku dan berselimut kesejukan……….
PERISTIWA KEDUA
 
           Terjadi pada malam ke 29 ramadhan sewaktu menunaikan solat terawih di masjid seksyen 16 Shah Alam. Aku berada di bahagian tengah selari dengan imam tetpai di saf yang kedua. Kekhusyukanku terganggu apabila aku terlihat beberapa langkah dari sejadah imam ke hadapan ada helahan kain putih pada mulanya. Fikiranku mula tersangkut dek memikirkan apakah benda itu. Hatiku tidak tenteram merisaukan keadaan itu. Aku mengambil keputusan untuk melihat semula adakah benda itu helahan atau pun sebenar kejadian. Sekali lagi aku meliha,  aku terkejut kerana yang di dpean imam itu adalah sekujur badan yang dinamai mayat. Aku dengan perlahan menenangkan diri dan berusaha bersangka baik dengan allah. Mungkin benda itu dihantar oleh allah untuk mengingatkan aku akan kematian dan azab allah. Aku bersyukur kerana aku masih lagi mendapat peringatan yang menakjubkan dari allah.
PERISTIWA KETIGA
 
         Berlaku pada pagi 29 ramadhan. Aku tidur di surau di kawasan rumah aku. Pagi itu merupakan hari terakhir surau itu mengadakan qiamulail. Aku tidur berseorangan dan malam itu sungguh hening bagaikan tiada orang di kawasan rumah itu. Aku terjaga dari tidur dan terus mengambil wudhu’, kemudian orang ramai mula memenuhi surau. Sementara menunggu tok imam hadir aku terus menunaikan solat tahhajud secara berseorangan dahulu. Program bermula jam 5.00 pagi. 
       
 Solat yang akan dilakukan pada pagi itu adalah solat tahajjud, solat hajat dan witir. Anehnya pada pagi itu adalah ketika solat tahajjud aku melihat kesemua ahli jamaah memakai jubah putih termasuklah yok imam. Sewaktu itu hanya saf yang dihadapan sahaja yang penuh. Selepas solat sunat witr dan berwirid ahli jamaah diminta turun untuk bersahur. Bertambah aneh dan hairan lagi adalah ketika aku dan tok imam yang turun ahli jamaah yang lain masih lagi diatas. Sampai di tempat bersahur aku hairan makanan yang disediakan hanyalah untuk 4 orang sahaja sedangkan jamaah yang ada melebihi 50 orang.
 “ Tok macam mana dengan jamaah yang lain?cukup ke?”Tanya aku sambil berkerut dahi. “eh,apa pula yang x cukupnya? Kitakan hanya berempat.” “ Bukan ke yang kat atas tadi punya ramai tok?” sahut aku kembali. “mana ada ramai orang,yang ada tok,kamu pak man(siak) dan pak jali(bilal), itu sahaja.” ke kamu yang tidur lagi ni?tanya tok imam. “eh tak ada la tok…….”aku dengan tidak percaya berlari naik semula ke atas untuk membuktikan kebenaran. Sampai aku diatas aku melihat surau kosong. Aku dengan rasa lain macamnya turun semula ke bawah. Aku meneruskan sahur. Aku solat subuh bejamaah dan terus ade ramai orang datang untuk bersama-sama solat subuh berjemaah dan mendengar kuliah...........
Langgan:
Ulasan (Atom)

