Rabu, 13 Mac 2013

MAAFKAN AKU

Sibuk ke? “Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda s.a.w… Salam Mahabbah buat para muslimin dan muslimat sekalian, moga sentiasa dalam redha Allah s.w.t. Fuhhh~ Tiup habuk-habuk yang ‘berdebu’ dalam blog. Bersihkan ‘sarang’ yang sudah tertampal di sana sini. Waaaa….sangat lama blog nie ditinggalkan tanpa apa-apa penulisan yang baru. Malu sendiri bila ada yang buat request nk bace blog ana di facebook. “Assalamualaikum AKHI, nak alamat blog boleh? nak baca…(^^,)”. Dush! Dush! Dush! Terasa seperti disepak terajang je Iman nie. Bagi juga alamat blog walaupun segan.Ye la...mne x segannye...dh lame x update... Tak mengapa, mungkin ada manfaat dari artikel yang lalu. Bila ‘permintaan’ itu menyinggah, pasti ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Cepat-cepat minta dengan Allah, setelah itu cuba mengatur masa sebaik-baiknya untuk mula menulis semula. Masa, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu. Baru usaha yang selebihnya. Kalau nak bagi alasan, memang panjang lebarlah artikel untuk kali ini. Tiba-tiba teringat pula pesanan cikgu semasa masih dibangku sekolah. Pelajar malas bagi alasan, pelajar rajin cari jalan. Okey, ‘tembak’ diri sendiri :p Perlu bijak membahagi masa untuk semua ‘jawatan’ yang ada dengan rela hati kerana ana sendiri yang memilih jalan ini secara tidak langsung. terima kasih kepada ukhti yg minta alamat....menjadi pembuka ruang untuk mengisi blog ini..walaupun sekadar meminta maaf... Moga dalam hati, tiada yang lain dicari melainkan redha Allah. Allah jua yang lebih Mengetahui :)