Rabu, 17 Mac 2010

JAUHI MAKSIAT HINDARI ZINA

Nasihat ini bukan untuk anda yang berada diluar sana sahaja tapi untuk saya juga. Harap bacalah sebagai santapan rohani kita semua.

COUPLE
Couple ini adalah sejenis fasa yang suka kepada berpasang-pasangan di antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim dan tak kira sama ada peringkat kanak-kanak,remaja,siswa mahu pun dewasa. Bercouple ini juga boleh menyebabkan kita hampir kepada maksiat seterusnya terjerumus kepada lembah penzinaan. Andaian saya bagi lelaki,mungkin dia bercouple untuk kerana nak berlagak sesame rakan-rakannya begitu juga dengan perempuan,sama sahaja. Contohnya kalau lelaki,dia akan bercakap “aku ada girlfriend”bagi perempuan dia akan bercakap :aku ada boyfriend”. Majoriti rakan-rakan akan berfikiran bahawa “boyfriend” atau “girlfriend”ini adalah kekasih atau dikenali sebagai “pakwe” atau “makwe”…..

CINTA
Bercinta pula bukanlah tak boleh. Ianya boleh kerana cinta ini datangnya dari KETULUSAN HATI dan merupakan LUMRAH makhluk ciptaan tuhan. Cinta ini tidak boleh ditafsirkan dengan kata-kata. Jika cinta itu ditafsirkan oleh seseorang melalui kata-kata maka itu bukanlah cinta yang tulus dari hati seseorang itu. Itu hanyalah permainan perasaan orang itu. Jika seseorang itu berjaya mendapat cinta pasangannya maka orang itu menang dalam permainan perasaan cintanya. Jika pasangannya setia pada cinta itu,maka dia tertipu dalam permainan itu dan ianya dikira kalah. Oleh itu,kita sebagai muslim dan muslimah yang sejati,pertama kita kena mendapatkan CINTA ALLAH dan yang kedua kita kena mendapatkan CINTA IBU DAN BAPA………..

Penzinaan bermula dari sifat nak berkenalan antara lelaki dengan perempuan dan antara perempuan dengan lelaki tetapi biasanya lelaki yang nak berkenalan dengan perempuan. Berkenalan takpe lagi,dah mula menggatal minta NOMBOR PHONE. Lepas tu sms-sms dan dah semakin menggatal minta COUPLE,dah tak tahan ajak keluar. Dah boleh keluar,nak selalu keluar. Mula-mula keluar siang lepas tu nak keluar malam pula. Dah boleh keluar malam dah lah. Ini makin naik kepala,nak hingga ke lewat malam pula(keluar DATING). Apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi atau tiada orang lain nampak maka hadirlah makhluk yang ketiga iaitu SYAITAN. Kedua-dua lelaki dan perempuan yang berada di tempat yang sunyi tadi biasanya sudah seronok maka kerja si makhluk yang ketiga ini tadi hanya menghasut mereka berdua ini supaya seronok lagi dan menambah apa lagi yang kurang dalam keseronokan mereka berdua ini.

Oleh itu,kepada saya dan anda yang diluar sana,janganlah berzina kerana zina itu adalah suatu perbuatan yang di MURKAI oleh ALLAH. Nak couple, tak payahlah susah-susah. Ada ape dengan couple tu,hanyalah suka sama suka,itu sahaja.

ZINA TERBAHAGI KEPADA 5
Saya akan cuba terangkan satu per satu:

ZINA MATA:-
Melihat atau membaca benda-benda yang lucah(menghusya)
Contohnya: menonton video lucah,melihat gambar-gambar lucah,menghusya bahagian manusia yang sulit tak kira berlapik ke tak berlapik.pastikan niat betul.kalau nak belajar buat cara nak belajar.

ZINA MULUT:-
Berkata-kata tentang sesuatu yang lucah.
Contohnya:bercerita sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang lucah.

ZINA FIKIRAN:-
Memikirkan sesuatu benda yang lucah.
Contohnya:memikirkan macam mana melakukan hubungan seks.

ZINA TANGAN:-
Bemain/memegang/meraba dengan sengaja.
Contohnya:meraba bahagian sulit sama ada lelaki atau perempuan atau melakukan onani(melancap).

ZINA TUBUH:-
Melakukan hubungan seks bagi mereka yang belum di IJAB KABUL(NIKAH)
Yang ini saya tak mahu berikan contoh kerana contoh itu telah diketahui oleh anda semua.

Itulah, kalau dah terlanjur melakukan hubungan itu,barulah nak menyesal. Dah buat perbuatan itu maka terhasilah anak luar nikah. Lepas itu mulalah nak gugurkan kandungan. Kalau dah lahir,buang bayi sana-sini,bakar bayi. Masya-ALLAH, --TERUKNYA—
WAHAI WANITA,
INGAT!!! Kesan perbuatan ini terletak pada wanita. Bayi yang dibuang, yang dibakar,yang digugurkan itu akan mencari kamu semula di akhirat kelak.
BERDOSA